Sunday, May 13, 2012

Keindahan Yang Sebenar

KEINDAHAN...
bukan pada rupa,
bukan pada kata,
bukan pada cinta,
tapi pada segala,

hanya yang Esa akan menilainya,
bila manusia mula berkata,
keindahan itu begitu selamanya,

adakah ia sudah berkira tentang hakikat ini semua,
bahawa yang zahir hanya sementara,
kan hilang bila tiba masa,
kan pupus ditelan usia,
yang tinggal hanya didalamnya,

kekal bila dijaga,
lenyap bila terlupa,
itulah sebenarnya erti bagi keindahan yang sebenar....


 google pic




2 comments: