Sunday, November 18, 2012

Ujian Hidup

Ketika diri ditimpa kesusahan,
Ketika diri ditimpa musibah,
Kita sering mengeluh..

Ketika diri tidak diberi penghargaan,
Ketika diri diabaikan,
Kita sering berdendam dan bermusuh,

Ketika orang yang kita cintai satu-satu meninggalkan kita,
Ketika orang yang kita sayangi menyakiti hati kita,
Kita biarkan diri terjerumus dalam kegelapan dan keputus asaan...

Semuanya kita lakukan seolah-olah Allah tak mengetahui ujian dan musibah yang menimpa kita,
Seolah-olah kita hilang keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama kita..

Ini adalah sesungguhnya musibah terbesar yang menimpa diri kita.
Ketika diri hilang keyakinan pada Allah,
Ketika diri kita kehilangan rasa cinta pada Allah,
Semua kerana kita telah meletakkan Dunia lebih tinggi dibandingkan Allah

"Ya Allah..segala puji hanya milikmu, segala keagungan hanya untukmu, pada hari ini kami bersaksi Ya Allah.. kami bersyukur dengan semua nikmat yang kami dapat adalah darimu..kesihatan yang dikurniakan kepada kami tanpa kami mohon, kami lupa kurnia dan nikmat Mu, pasangan hidup, keluarga, saudara mara dan rakan taulan yang mencintai kami adalah kasih sayang Mu, kami mohon ampun kerana kami lupa ini semua nikmat Mu..kami banyak mengeluh dengan ujian yang diberikan untuk menaikkan darjat kami dihadapan Mu..seringkali kami tidak redha dan ikhlas...titipkanlah dihati kami kekuatan iman dan cinta.bimbing hidup kami sentiasa bersama Mu diwaktu senang mahupun susah..aminn ya rabbal alamin" 

ujian adalah pelajaran dari Nya untuk tingkatkan darjat kita di mana kita tidak mampu mencapai darjat tersebut hanya dengan amalan di dunia juga tanda kasih sayang Nya..

Kuatkan hati ku =')

No comments:

Post a Comment